Tarikh : 13 November 2014
Nama
Penyampai : Encik Mohd Nazeri Bin Mansor
Puan Hirmah Binti Usman
Tempat : TSB (NCR) Kampung Semukoi, Serian
Aktiviti : Tutorial teknik membaris tanaman dan
cara menanam.
Cara
membuat barisan terbahagi kepada dua iaitu:
i) Tanah
pamah
·
Jarak
tanaman ialah 10x20 kaki.
·
Jarak
sempadan ialah 6 kaki.
·
Jarak
bagi segi tiga sudut ialah 3,4,5 kaki (untuk mendapatkan sudut 900)
·
Jarak
antara pokok 10 kaki manakala jarak antara baris tanaman ialah 20 kaki.
·
1
hektar boleh tanam 509 pokok.
ii) Teres
·
Jarak
tanaman ialah 8 kaki
·
Jarak
sempadan ialah 6 kaki
·
Jarak
antara teres ialah 29 kaki
Cara
menanam anak pokok getah:
i) Gali
lubang sedalam 2'x2'x2' di kawasan sekeliling pancang.
ii) Tabur
baja sebanyak 113 gram (2 genggam).
iii) Potong
polibeg di bahagian bawah, masukkan polibeg berisi anak pokok ke dalam tanah, 'potong
bahagian tepi polibeg dan tarik polibeg keluar daripada lubang tanaman, dan
timbus tanah atas dahulu kemudian tanah bawah.
iv) Gunakan
polibeg untuk dijadikan sungkupan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan