Rabu, 10 Disember 2014

PEMBEKAL BELERANG




KAMI PEMBEKAL BELERANG.

UNTUK TEMPAHAN, SILA HUBUNGI:

014-6852785

ALVIN ABEL








Apa itu belerang ?

Belerang ialah sejenis bahan kimia yang sering di gunakan dalam pelbagai industri. Antara industri yang menggunakan belerang adalah industri kosmetik, industri perkilangan dan termasuk industri pertanian. Dalam unsur kimia belerang dikenali sebagai sulfur (s). Belerang biasa di temui dalam bentuk pepejal dan mudah di kesan apabila berlakunya letusan gunung berapi. Belerang juga ada yang berbentuk gas seperti hidrogensulfida ( H2S). Belerang yang larut dalam air dikenali sebagai ion sulfat (SO4). Kebiasaannya,  tumbuhan menyerap belerang dalam bentuk ion sulfat.

Kegunaan ?

Dalam bidang pertanian, belerang adalah unsur makro yang penting bagi pertumbuhan tumbuhan dalam melakukan proses penyusunan protein. Tanaman yang kekurangan unsur belerang akan terbantut dan mudah terdedah kepada penyakit tanaman. Antara fungsi belerang ialah:

        i.            Membantu pembentukan amino asid dalam tumbuhan dan pertumbuhan tunas serta pembentukan bintil akar tanaman.

      ii.            Membantu pembentukan klorofil. Warna hijau pada daun menunjukan penghasilan proses fotosintesis. Tumbuhan menghasilkan kanji, lemak, gula, minyak dan vitamin melalui proses fotosintesis.

    iii.            Meningkatkan kualiti tanaman dan meningkatkan hasil pengeluaran tanaman.

     iv.            Amnya, tumbuhan berkualiti ialah peningkatan protein dalam tumbuhan dan meningkatkan pengeluaran hasil getah.

Kesan tidak menggunakan belerang:

        i.            Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas.

      ii.            Tanaman kurus dan bantut.

    iii.            Pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan lambat dan terbantut.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan