Selasa, 9 Disember 2014

PANDUAN TANAMAN NANAS



                                                          Nama tempatan : Nanas.
                                                          Nama saintifik : Ananas comosus.
                                                          Famili : Bromeliaceae.
Pengenalan.
Nanas merupakan salah satu tanaman yang sesuai dan popular ditanam di antara barisan getah. Jenis yang ditanam untuk makan segar ialah Josapine, N36, Sarawak dan Maris. Manakala jenis gandut ditanam sebagai nanas kaleng.

Keperluan tanaman.
Jenis Tanah        : Sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah yang bersaliran baik. Tanah yang paling         sesuai ialah tanah gambut yang telah diperbaiki saliran dan pengurusan airnya.
Keasidan Tanah  : pH 3.5- 4.5.
Taburan Hujan   : 1,250 mm/ tahun.
Iklim                  : Tropika.
Suhu                  : 300 c.
Zoning Area     : Daerah / tempat yang paling sesuai.

Penyediaan Tanah.
1)      Tanah gambut : Saliran ditanah gambut perlu dibaiki dengan membuat parit untuk mengurangkan air. Tanah gambut tidak perlu dibajak kerana tanahnya lembut.

2)      Tanah mineral : kawasan dipilih dibersihkan daripada semak dan tunggul pokok. Buat satu pusingan bajak piring dan satu pusingan bajak putar. Tanah curam tidak perlu dibajak, cukup hanya dibuat teres sahaja.

Penanaman.
Bahan tanaman : Nanas boleh dibiakkan secara tampang menggunakan sulur tangkai, sulur tangkai udara atau bumi dan jambul. Bahan tanaman ini direndam dalam bancuhan kulat.
Jarak tanaman : 0.3m x 0.6m x 0.9m.
Kepadatan       : 21,000 pokok/ha dan ditanam antara barisan getah.
Cara menanam : Kayu pancang berentangkan tali sebagai penanda barisan. Lubang tamanan dibuat sedalam 10-15cm dengan menggunakan kayu tugal. Sulur nanas ditanam dan sulur dipadatkan dengan memijak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan