i. Penyakit cendawan lapuk
Kulat yang menyerang penyakit cendawan lapuk ialah "Ceratocystis Fimbriota". Pokok getah yang sering diserang penyakit cendawan lapuk ialah Klon PR 107 dan RRIM 600.
Kulat yang menyerang penyakit cendawan lapuk ialah "Ceratocystis Fimbriota". Pokok getah yang sering diserang penyakit cendawan lapuk ialah Klon PR 107 dan RRIM 600.
Penyakit cendawan lapuk biasanya menyerang panel torehan pada
musim hujan, lebuih-lebih lagi jika keadaan ladang itu bersemak. Panel torehan akan
menjadi lapuk dan terdapat tompok-tompok halus berwarna putih, iaitu ke atas sedikit
daripada alur torehan. Tompok-tompok ini kemudian berubah menjadi kelabu.
Apabila membesar tompok-tompok ini merupakan aliran yang tidak lurus selari dengan
alur torehan.
Spora kulat "Ceratocystis Fimbriota" boleh
merebak dengan cepat dengan diterbangkan oleh angin dan serangga. Selain
itu, jangkitan penyakit cendawan lapuk juga berlaku melalui perkakas-perkakas menoreh
terutama pisau.
ii. Penyakit Calar Hitam
Kulat yang menyerang penyakit calar hitam ialah "Phytophthora
Palmirora". Penyakit calar hitam juga menyerang panel torehan.
Pokok getah yang peka kepada penyakit ini terdiri daripada klon PB 86, PR 107,
AVRUS 2037, RRIM 600 dan RRIM 623.
iii. Nekrosis Panel Torehan.
Kulat yang menyerang nekrosis panel torehan ialah "Fusarium
Solani". Penyakit ini menyerang panel torehan yang baru dibuka dan
kadang kala pokok-pokok lama. Pokok-pokok yang sering diserang penyakit nekrosis
panel torehan ialah daripada Klon PB 5/51, PB 28/83, PR 107, RRIM 605, RRIM 612,
RRIM 623 DAN RRIM 628.
Penyakit panel torehan menyerang alur torehan panel yang baru
dan pada alur sempadan panel. Kadang kala penyakit ini menyerang luka-luka pada
pancuran. Luka-luka yang bergaris pusat antara 0.5 hingga 1.5 cm yang berwarna
perang tua atau kelabu boleh dilihat pada sepanjang alur torehan dan pada alur sempadan
panel torehan.
iv. Penyakit Cendawan Angin
Kulat penyakit cendawan angin bernama "Corticium
Salmonicolor". Penyakit cendawan angin biasanya menyerang dahan dan
cabang pokok getah yang berumur antara tiga hingga lapan tahun. Penyakit ini melarat
pada musim hujan. Pokok getah yang sering terdedah kepada ancaman penyakit ini
terdiri daripada klon RRIM 501, RRIM 600, RRIM 607, PB 28/59 dan PR 255.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan