Rabu, 10 Disember 2014

SPESIFIKASI KERJA ( DOKUMEN E )




DOKUMEN E
PENENTUAN KERJA UNTUK PEKERJAAN MENEBAS/
  MENOLAK / MENEBANG DIKAWASAN KERJA

BAHAGIAN “A”

  1.  Kontraktor adalah dikehendaki mengambil sebarang langkah demi mencegah     kerosakan atau kehilangan 
  2.  Kontraktor adalah bertanggungjawab dan akan melepaskan AJK TSB daripada segala tanggungan bersabit sebarang kerosakan yang ditimpakan ke atas tanda-tanda sempadan itu dan kontraktor akan membayar kepada AJK untuk kerosakan yang ditimpa keatas tanda-tanda sempadan itu yang mana jumlah wang pembayaran tersebut akan ditetapkan oleh AJK TSB .


BAHAGIAN “B”
 
  1.   Kerja – kerja menebas / menolak / menebang  hendaklah dijalankan di dalam kawasan yang diluluskan untuk TS/TB/TS.2 ( selapas ini tersebut sebagai ‘kawasan kerja ) sahaja seperti yang ditunjukan dalam pelan/rajah terlampir.
  2.  Kawasan kerja adalah seperti yang ditandakan dimuka bumi dengan pancang.
  3.  Bayaran tidak akan diberi kapada sebarang kerja yang dilaksanakan diluar daripada kawasan kerja yang telah ditanda 
  4.  Pokok-pokok di luar daripada kawasan kerja tidak boleh ditebas/ ditolak/ tebang. Kontraktor adalah bertanggungjawab kepada sebarang tuntutan ganti rugi jika didapati berlaku.
  5.  Kontraktor adalah dipertanggungjawabkan dan hendaklah membayar ganti rugi untuk sebarang kerosakan yang menimpa ke atas harta benda dan / atau manusia diakibatkan oleh sebarang cara sekalipun semasa perjalanan kerja – kerja menebas/ menolak / menebang di bawah kontrak ini. Ahli jawatankuasa TSB adalah sebahagian hak menahan semua atau sebahagian daripada bayaran yang sepatutnya dibayar kepada kontrak sehingga kerosakan kepada harta benda dan / atau manusia telahdibereskan gantirugi dan bukti pemberesan itu deserahkan kepada AJK TSB.




1.    MENEBAS:

                      I.        Kontraktor hendaklah menjalankan kerja-kerja menebas belukar dan anak–anak kayu sebelum menjalankan kerja menebang atau menolak .
                    II.        Semua belukar ada anak-anak kayu hendaklah ditebas 15cm (6 inci) daripada paras muka bumi.

2.    MENOLAK:

                      I.        Semua pokok-pokok hendalah ditolak arah ke   dalam daripada rintisan sempada , kawasan kerja. Pokok-pokok dikawasan sempadan , kawasan berpaya , kawasan lembah yang tidak boleh ditolak hendaklah ditebang jatuh kedalam kawasan kerja . Jika tidak boleh tebang , pokok-pokok itu hendalah diracun.
                    II.        Pokok-pokok tidak boleh dibenarkan ditumbangkan kedalam atau merintangi sungai, anak-anak sungai, paya , parit atau kebun orang lain diluar kawasan kerja .Sebarang pokok atau sebahagian yang tumbang kedalam atau merintagi sungai , anak-anak sungai , paya , parit atau kebun orang lain diluar kaewasan kerja hendalah dialihkan oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri.
                   III.        Jika terdapat busut-busut dalam kawasan kerja kontrak hendalah meratakannya hingga ke paras tanah biasa disekelilingnya.

3.    MENEBANG:

                      I.        Semua pokok-pokok hendalah ditebang 0.6 meter ( 2 kaki )  daripada paras muka bumi.
                    II.        Pokok-pokok dikawasan sempadan yang tidak boleh ditebang hendalah diracun dengan jenis yang diluluskan.

PENENTUAN UNTUK MENGAMBIL DAN MENGELUARKAN
KAYU GETAH.

  • Kerja mengambil dan mengeluarkan kayu getah kayu getah yang dilakukan oleh kontraktor hendaklah tidak menghalang / mengganggu / melewatkan mengendalakan / memberhentikan kerja menolak / menebang/ mengumpul membakar dan lail-lain kerja selanjutnya.
  •  Kerja pengambilan dan mengeluarkan kayu getah dilaksanakan didalam sistem blok yang mengandungi 10 hektar satu-satu blok . Pihak Kontraktor perlu mengeluarkan kayu getah dalam satu – satu  blok yang ditentukan dan kontraktor tidak dibenarkan mengambil kayu getah didalam blok yang lain selagi blok asal tidak habis dikeluarkan kayu getahnya.
  • Kerja pengambilan dan mengeluarkan kayu getah bolehdimulakan apabila seluas 8 hektar kawasan blok telah ditolak .
  • Kesemua kayu getah yang diperlukan hendaklah dipotong dan dikeluarkan dengan segera daripada kawasan TSB tersebut. Tarikh akhir bagi mengelurkan kayu getah adalah 10 minggu dari tarikh mula kerja menolak jalan .
  •  Sebarang kayu getah yang tidak  dikeluarkan selepas tempoh yang dibenarkan diperkara 4 hendalah ianya dikumpul  dan dibakar . Lanjutan masa untuk pemotongan dan mengeluarkan kayu getah tidak akan dipertimbangkan melainkan di dalam keadaan tertentu sahaja.
  •  Jentera dikhaskan untuk membuat kerja dan mengumpul kayu getah tidak dibenarkan meninggalkan kawasan tersebut sehingga kerja yang dipersyaratkan disempurnakan .
  • Kontraktor tidak dibenarkan untuk membuat ‘stock-pile’ kayu getah di dalam kawasan TSB .
  • Kontraktor adakah dipertanggungjawabkan dan hendaklah membayar ganti rugi untuk sebarang kerosakan yang menimpa harta benda dan atau manusiadiakibatkan oleh sebarang cara sekalipun semasa perjalanan perlaksaan kerja di bawah kontrak ini, yang bereti meliputi surat penentuan kerja ini dan lain-lain penentuan kerja yang dimeterikan dalam kontrak ini.



PENENTUAN KERJA UNTUK PEKERJAAN MEMBAKAR
MEMERUN , MENGUMPUL DAN MEMBAKAR SEMULA

1.    Kerja pembakaran tidak boleh dilaksana sebelum mendapat kebenaran Jabatan Alam Sekitar.

2.    Pekerjaan membakar , memerun , mengumpul dan membakar semula hendaklah dijalankan di kawasan yang diluluskan untuk TS/TB/TS.2 sahaja seperti yang ditunjukan dalam pelan /rajah terlampir.


3.    Bayaran tidak akan  diberi kepada sebarang kerja yang dilaksanakan diluar daripada kawasan kerja yang telad ditanda .

4.    Kontraktor adalah dipertanggungjawabkan dan hendalah membayar ganti rugi untuk sebarang kerosakan yang menimpa ke atas hartabenda dan/atau manusia diakibatkan oleh sebarang cara sekalipun semasa perjalanan perlaksaan kerja-kerja membakar , memerun dan membakar semula dibawah kontrak ini. AJK TSB adalah mempunyai hak menahan semua atau sebahagian daripada bayaran kepada hartabenda dan/ atau manusia telah dibereskan ganti ruginya dab bukti itu diserahkan kepada AJK TSB.

5.    Jika tidap mendapat kebenaran JAS maka keknik `zero burning’ hendalah dilaksanakan .
6. 
  • Sesudah sahaja keseluruhan kawasan atau sebahagian daripadanya , mengikut     budibicara Penyelia TSB/AJK TSB , pokok-pokok yang ditolak/ ditebang telahpun cukup kering kawasan-kawasan itu hendaklah dibakar (selepas ini disebut sebagai ”Pembakaran Utama).
  • Kemudian semua  kayu kayan yang terletak dikawasan rata ketinggi rendah yang tidak terbakar menjadi abu dalam pembakaran Utama hendalah dipotong , dikumpul dan dibakar  semula sehingga menjadi abu.
  • Semua kayu kayan yang bergaris pusat 15 cm atau kurang yang terletak dikawasan berbukit curam yang tidak terbakar menjadi abu dalam Pembakaran Utama hendaklah dipotong , dikumpul dan di bakar semula sehingga menjadi abu .
  • Penentuan sama ada kawasan itu dianggap sebagai rata ketinggi rendah atau Berbukit atau curam hendaklah mengikut budibicara Penyelia TSB/AJK TSB.

  • PENENTUAN KERJA UNTUK PEKERJAAN
    MEMBAJAK DAN MENYIKAT


    1.    Kerja membajak dan menyikat hendaklah dijalankan di dalam kawasan seperti yang ditunjukkan di dalam pelan/rajah terlampir dan kedudukan kawasan berkenaan akan dirujukkan dengan pancang di atas permukaan tanah. Tiada sebarang pekerjaan pun akan diperhitungkan sekiranya kerja tersebut dilakukan di luar daripada kawasan yang ditanda. Sebarang pokok atau tunggul-tunggul kayu yang didapati dalam kawasan berkenaan  hendaklah dibongkar sebelum kerja membajak dimulakan.

    2.    Sekurang-kurangnya 2 pusingan kerja membajak dan satu pusingan kerja menyikat hendaklah dijalankan. Jika kerja membajak dan menyikat tidak dijalankan dengan sempurna, AJK TSB adalah berhak untuk mengarahkan kontraktor menyikat sekali lagi.

    3.     

    a.    Pusingan pertama kerja membajak hendaklah dijalankan dengan menggunakan piring membajak  berukuran  66 cm ( 26 inci ). Pembajakan hendaklah sedalam 17 cm ( 7 inci ) hingga 2 cm ( 8 inci ).
    b.    Pusingan kedua kerja membajak hendaklah dijalankan secara sudut tepat kepada pusingan pertama dengan dalam pembajakan yang sama atau seperti yang diarahkan oleh Penyelia TSB/ AJK TSB.

    4.    Jarak masa antara tiap-tiap satu pekerjaan di atas hendaklah seperti berikut :

    a)    Kerja membajak pusingan kedua – 30 hari dari kerja membajak pusingan pertama.
        
    b)    Kerja menyikat – 15 hari daripada kerja membajak pusingan kedua.

    Tetapi jarak masa tersebut diatas boleh juga dipinda menurut budibicara Penyelia TSB/ AJK TSB.

    5.    Semua lalang yang tumbuh semula dan lain-lain tumbuhan hendaklah dimusnahkan hingga mati akar umbinya menurut arahan Penyelia TSB / AJK TSB.

    6.    Semua batu-batu sempadan /  tanda-tanda sempadan dan lain-lain tidak dibenarkan diusik daripada kedudukan asal semasa menjalankan semua kerja membajak dan menyikat.



    PENENTUAN KERJA UNTUK PEMBINAAN TERES SECARA
    MEKANIKAL DAN / ATAU SECARA TENAGA BURUH


    1.    Pembinaan teres sekiranya dikehendaki hendaklah dilakukan secara tenaga buruh dan/atau dengan jentolak menurut budibicara Penyelia TSB / AJK TSB.

    2.    Pembinaan teres hendaklah dijalankan menurut kontor pada jarak 9 meter didalam kawasan yang boleh ditanam dengan anak getah yang akan ditunjukan oleh Penyelia TSB / AJK TSB dan Penyelia TSB / AJK TSB ini adalah berhak meminda jarak diantara teres-teres setelah menimbangkan keadaanmuka bumi dan cerun kawasan-kawasan yang hendak diteres.

    3.    Teres-teres yang hendak dibina hendaklah mempunyai lebar sekurang-kurangnya seperti berikut :-

    a)    1.5 meter ( 5 kaki ) daripada lebarnya terdiri daripada permukaan tanah asal jika dibina dengan tenaga buruh dan tenaga buruh dan teres yang siap hendaklah tidak kurang daripada :-

    i)             2.4 meter ( 8 kaki ) lebar  jika dibina dengan jentolak dan
    ii)            1.5 meter ( 5 kaki ) jika dibina dengan tenaga buruh.

    4.    Teres-teres hendaklah dipotong supaya berbentu seperti baji dengan curaman ke belakang teres. Sudut ini hendaklah seperti :-

    a)     45 cm ( 18 inci ) ke belakang teres jika dibina dengan jentolak.
    b)    30 cm ( 12 inci ) ke belakang teres jika dibina dengan tenaga buruh.

    5.    Tanah-tanah yang dipotong dan dikeluarkan daripada lereng bukit itu untuk ditambah mewujudkan bahagian luar teres hendaklah dimampat sepadat-padatnya supaya teres itu menjadi kukuh dan mengelakkan hakisan tanah.

    6.    Dalam pembinaan teres dengan jentolak semua tunggul-tunggul hendaklah dibongkar dan dialihkan daripada barisan teres dan dalam pembinaan teres secara tenaga buruh tunggul-tunggul bergarisan pusat kurang daripada 10 inci hendaklah dipotong hingga keparas permukaan bumi dan di alihkan daripada barisan teres. Didalam kedua-dua pembinaan teres iaitu dengan jentolak dan tenaga buruh, semua hendaklah dialihkan kayu-kayan yang tumbang ke atas/ merentangi barisan teres hendaklah dialihkan oleh kontraktor ke tempat lain.






    PENENTUAAN KERJA UNTUK PEKERJAAN
    MEMANCANG DAN MELUBANG


    1.    MEMANCANG:
                    
    i)             Di kawasan rata ke tinggi rendah yang akan ditanam dengan tanaman kontan, kontraktor hendaklah memancang dengan jarak 9 meter x 2.4 meter = 181 pokok seekar ( 445 pokok sehektar ) bagi tanaman getah.

    ii)            Di kawasan rata ke tinggi rendah yang tidak akan ditanam dengan tanaman kontan, kontraktor hendaklah memancang dengan jarak 6m x 3m = 445 – 494 pokok sehektar bagi tanaman getah.

    iii)           Dikawasan berbukit, kontraktor hendaklah memancang dengan jarak 8.5m x 2.5m = 445 – 494 pokok sehektar bagi tanaman getah.

    iv)           Jarak tanaman bagi tanaman getah selain daripada getah akan ditetapkan oleh Penyelia TSB / AJK TSB.

    2.    MELUBANG:

    i)             Lubang –lubang boleh digali sama ada secara tenaga manusia atau mekanikal.

    ii)            Ukuran lubang-lubang yang digali adalah seperti berikut :

                                
    Untuk Getah
    Dikorek Secara
    Tenaga Manusia
    Dikorek secara
    Mekanikal

    Bahagian Atas

    Dalam

    Bahagian Bawah

    60 cm Persegi

    45 cm persegi

    45 cm persegi

    45 garis pusatnya

    45 garis dalamnya

    45 cm garis pusatnya



     
    iii)           Ukuran lubang-lubang yang di gali untuk tanaman selain daripada getah akan ditetapkan oleh Penyelia TSB / AJK TSB.

    iv)           Dikawasan-kawasan yang telah ditereskan lubang-lubang hendaklah dikorek di tengah-tengah teres pada tanah asal atau seperti yang diarahkan oleh Penyelia TSB / AJK TSB.


    MENANAM KACANG PENUTUP BUMI



    1.    Sebelum KPB ditanam, seluruh kawasan yang hendak ditanam dengannya hendaklah dibersihkan daripada segala jenis tumbuh-tumbuhan termasuk lalang,rumpai yang tidak diingini hingga mati keakar umbinya.

    2.    Penanaman KPB yang menjalar ini hendaklah dijalankan diseluruh kawasan yang boleh ditanam dengan syarat-syarat cuaca sesuai dan sebaik sahaja kerja-kerja membaris / membuat teres / pentas tanaman telah siap seperti yang diarahkan oleh Penyelia TSB / AJK TSB.

    3.    Campuran biji KPB hendaklah digaulkan dengan hama Rhizobium menurut kadar 1 packet hama Rhizobium – 10 lb biji. Campuran ini hendaklah dicampurkan pula dengan baja CIRP mengikut berat yang sama dengan campuran biji, sebelum ditanam ke kebun.

    4.    Penanaman campuran benih KPB hendaklah dijalankan seperti berikut:-

    i)             Jalur-jalur tanah hendaklah dibuat dengan menggunakan cangkul atau lain-lain alat sehingga sedalam yang ditentukan oleh Penyelia TSB / AJK TSB.

    ii)            Jarak jalur ini hendaklah sekurang-kurangnya 6 kaki dari barisan pokok ( tanah rata ) atau seperti yang diarahkan oleh Penyelia TSB / AJK TSB sebanyak ( 3-4) barisan jalur yang diperlukan.

    iii)           Campuran benih hendaklah ditabur sama rata disepanjang jalur tanah itu.

    iv)           Jalur-jalur tanah yang telah ditaburkan campuran benih hendaklah ditimbus semula.

    5.    Pembajaan KPB jika dibuat oleh kontraktor hendaklah dijalankan apabila diarahkan oleh Pegawai Penguasa TSB. Kadar taburan baja CIRP ialah sebanayak 2 oz bagi tiap-tiap jarak 1 ela berlari ( lebih kurang 180 lb seekar )

    6.    Pembayaran bagi sebarang kawasan / blok akan dikeluarkan oleh Pegawai RISDA Daerah tidak terdahulu daripada 30- hari selepas benih KPB ditanam menurut Penentuan Kerja ini dengan syarat :-

    i)             Benih KPB telah cambah tidak kurang daripada 90 % bagi seluruh kawasan atau blok.

    ii)            Kawasan itu telah dijaga dengan bersih daripada sebarang jenis tumbuhan yang tidak di ingini semasa pemeriksaan dibuat.

    7.    Jika tidak memenuhi syarat NO.6 kontraktor hendaklah menanam semula hingga mencapai kejayaan tersebut dengan perbelanjaan Benih, baja dan lain-lain ditanggung oleh kontraktor sendiri.

      



Tiada ulasan:

Catat Ulasan