Latar Belakang
RISDA adalah
sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang
diluluskan oleh Parlimen:-
1. Akta Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun
1972
2. Ordinan Kumpulan
wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
Dirasmikan pada 8 Februari 1973 Y.A.B Tun Hj.
Abd. Razak Bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia ke-2.
Misi
Membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial.
Visi
Menjadi Agensi Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil.
Membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial.
Visi
Menjadi Agensi Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil.
Objektif
Pekebun kecil
memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan sekeluarga menjelang
akhir tahun 2015.
Fungsi
1. Mentadbir Kumpulan
Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3
Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
2. Mengurus dan
mengendalikan sehingga berjaya rancangan-rancangan yang diluluskan di bawah
peruntukan Bahagian III Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman
Semula) 1952.
3. Merancang dan
melaksana segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan