Penyakit akar merupakan penyakit berbahaya yang
menyerang pokok getah dawasa. Penyakit akar disebabkan oleh kulat yang pada mulanya
menyerang kulit akar, kemudian menembusi kayu dan akhirnya akar pokok getah nenjadi lapuk
dan mati.
Spora kulat akan
diterbangkan oleh angin dan hinggap di mana-mana bahagian kayu pokokgetah yang terdedah
akibat luka atau cedera. Selain itu, penyakit akar boleh disebabkan oleh pertemuan
akar, iaitu akar sihat bertemu dengan akar yang berpenyakit.
Terdapat enam jenis penyakit
akar yang menyerang pokok getah, iaitu penyakit akar putih, penyakit akar merah dan
penyakit akar perang yang boleh diklasifikasi kepada jenis yang besar. Nama - nama
penyakit akar ini berdasarkan kepada warna kulitnya. Tiga jenis lagi penyakit akar
ialah penyakit akar lapuk Ustulina, penyakit akar lapuk Poria dan penyakit akar lapuk
Busuk.
i. Penyakit Akar Putih
Nama kulat yang menyerang penyakit akar putih ialah ''
Rigidoporous Lignosus''. Penyakit akar putih dianggap paling berbahaya
kerana boleh merebak dengan cepat. Kulatnya berwarna putih seolah-olah seperti benag
membalut akar. Bentuk kulat Rigidoporos Lignosus bulat dan gemuk
pada bahagian pangkal dan pipih tajam pada bahagian hujung dan lama kelamaan warnanya
berubah menjadi jingga pucat.
Ibu kulat Rigidoporous Lignosus berwarna
jingga pada bahagian atas dan pada bahagian bawah berwarna kemerah-merahan. Ibu
kulat biasanya terdapat pada tunggul pokok yang mati dan selalu menyerang pokok getah
muda.
ii. Penyakit akar merah
Kulat yang menyerang penyakit akar merah ialah
"Ganoderma Pseudoferrum". Kulat ini berwarna
merah yang bertompok-tompok pada akar. Penyakit ini menyerang dengan melekatkan
tanah pada akar. Ibu kulat penyakit akar merah berwarna merah tua pada sebelah atas
dan kelabu asap pada sebelah bawah. Kulat ini biasanya terdapat pada tunggul pokok
yang sudah mati akibat serangan tersebut.
iii. Penyakit Akar Perang
Kulat yang menyerang penyakit akar perang ialah
"Phellinus Noxius". Keadaan kulat penyakit akar perang hampir
sama dengan penyakit akar merah tetapi warna kulatnya perang. Keadaan akar yang
diserang itu bergerutu apabila dibelah dua dan jalur-jalur hitam dapat dilihat pada
permukaannya.
Ibu kulat ini juga terdapat pada tunggul pokok yang mati.
Pada bahagian atas tunggul berwarna perang tua dan pada bahagian bawah berwarna
kelabu.
iv. Penyakit Akar Yang Lain
Selain penyakit akar yang besar, terdapat tiga jenis penyakit
akar yang kecil. Penyakit akar lapuk Ustulina disebabkan oleh kulat "Ustulina
Deusta". Penyakit akar lapuk Ustulina boleh dirawat dengan mencantas
mana-mana bahagian akar yang ditembusi kulat dan bekasnya disapu tar. Penyakit akar
lapuk Poria disebabkan "Poria Hyperbrunnea". Cara merawat
penyakit akar lapuk Poria sama dengan penyakit akar lapuk Ustulina.
Bagi penyakit akar lapuk Busuk pula disebabkan oleh kulat "Sphaerostilbe
Repens". Penyakit ini boleh dirawat dengan mencabut dan
membuang pokok yang dijangkiti bersama- sama dengan akar. Sistem saliran di ladang
perlu juga dibaiki bagi mengawal penyakit-penyakit akar.
Bil
|
Jenama
Penyakit
|
Racun
Kulat
|
Cara
Merawatnya
|
1 | Penyakit Akar Putih |
Bayleton/Tilt
|
Gali alur di sekeliling
pangkal pokok.Sediakan bancuhan racun kulat mengikut syor
dan siram di sekeliling pokok yang dijangkitipenyakit
tersebut Bayleton: pokok <2 thn : 10g/1 liter air pokok 2-5 thn : 20g/2 liter air Tilt pokok <2 thn : 10ml/1 liter air poko 2-5 thn 20ml/2 liter air |
2 | Penyakit Akar Merah |
Calixin
Colar Protectant
|
Gali sehingga memdedahkan pangkal akar tunjang dan akar sisinya.Cantas bahagian akar sisi yang telah reput atau berpenyakit.Sapu racun kulat pada bahagian akar tunjang dan akar sisi yang terdedah |
3 | Penyakit Akat Perang |
Calixin
Collar Protectant
|
Gali sehingga mendedahkan pangkal akar tunjang dan akar sisinya.Cantas bahagian akar sisi yang telah reput atau berpenyakit.Sapu racun kulat pada bahagian akar tunjang dan akar sisi yang terdedah |
4 | Penyakit Calar Hitam |
0.2%
Ridomil 25WP
|
Sapu atau sembur panel dan alur torehan setiap kali selepas menoreh dua kali seminggu selama 4 - 6 minggu (bergantung kepada keparahan penyakit) |
5 | Penyakit Cendawan Angin | 1. Campuran Bordeux (
1kg. kuprun sulfat : 2kg kapor
mati : 100 liter air ) 2. Calixin Readymixed 3. Daconil Flowable 500 |
* Sembur pada dahan
atau batang yang berpenyakit
seminggu sekali (untuk getah yang belum
bertoreh) * Sapu pada tempat yang berpenyakit (boleh digunakan untuk pokok muda atau dewasa) |
6 | Penyakit Cendawan Lapuk |
0.5
Benlate
|
Sapu atau sembur panel dan alur torehan selepas menoreh dua kali seminggu selepas torehan selama 3 - 4 minggu (bergantung kepada keparahan penyakit) |
7 | Penyakit Kulapuk Berdebu |
Belerang
|
Pendebuan belerang pada pucuk-pucuk yang baru keluar pada kadar 9kg/ha setiap minggu sebanyak 5-6 kali |
8 | Penyakit Bintik Mata Burung |
Antracol
Dithane-M45
|
Sembur dengan 0.5% salah satu racun kulat setiap minggu pada daun muda |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan