P
|
ada 19 April 2018, Pengarah
Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Puan Hjh. Halimah binti Abd. Kadir telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) Pejabat
RISDA Bahagian Samarahan. Lawatan yang diiringi Timbalan Pengarah RISDA Negeri
Sarawak, Encik Abdul Aziz bin Awang ini bertujuan untuk melihat serta memantau
perkembangan terkini tentang perjalanan Projek AET di Bahagian Samarahan.
Sepanjang lawatan sehari
tersebut, Pengarah BPU telah meninjau serta melihat sendiri beberapa projek AET
antaranya Projek AET Pembekal Udang Galah Segar milik En. Awangku Sapiee bin
Pengiran Besar di Lundu. Selain itu, beliau juga dibawa melawat ke Projek SPA
dan Kecantikan milik Puan Hintan binti Karbo serta Projek Kek Lapis Sarawak
milik En. Mat Sami bin Chek di Kota Samarahan. Beliau juga sempat melawat tapak
cadangan penubuhan RISSMART di Aiman Mall, Kota Samarahan.
Secara keseluruhannya, beliau sangat berpuas hati
dengan kemajuan projek AET RISDA di Bahagian Samarahan yang mula menampakkan
hasil yang memberangsangkan. Lawatan tersebut juga telah memberikan input yang
berguna kepada kakitangan dan Usahawan Bimbingan RISDA dalam usaha untuk memajukan
perniagaan serta menjana usahawan global di Negeri Sarawak.