Isnin, 19 Jun 2017

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK RAMADHAN RISDA SAMARAHAN BERSAMA PDK SAMARAHAN

15 Jun 2017 (Khamis) - Pejabat RISDA Bahagian Samarahan buat julung kalinya telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk Ramadhan RISDA Samarahan bersama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Samarahan.

Program yang dibuat secara bergotong-royong antara kakitangan RISDA Samarahan dan kakitangan PDK Samarahan ini telah diadakan di Pusat PDK Samarahan yang mempunyai seramai 74 orang Pelatih Orang Kelainan Upaya (OKU). Melalui program ini juga, RISDA Samarahan telah menyampaikan sumbangan Kebajikan  kepada  Pusat PDK tersebut yang disampaikan sendiri oleh Puan Emyza Aisah binti Atang selaku PRB Samarahan.  


Objektif program ini adalah bertujuan untuk berkongsi keceriaan bersama Pelatih OKU serta mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti kebajikan selain mengeratkan lagi ukhwah diantara kakitangan RISDA Samarahan dan kakitangan PDK serta Pelatih di Pusat PDK tersebut. Selain dapat mengeratkan silaturahim antara warga RISDA Samarahan dan warga PDK, program ini juga bertujuan untuk melaksanakan Cooperate Social Responsibility (CSR), RISDA Samarahan dengan masyarakat setempat.

Berikut merupakan imbasan sempena program tersebut.