15 Jun 2017 (Khamis) - Pejabat RISDA Bahagian Samarahan buat
julung kalinya telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk Ramadhan RISDA
Samarahan bersama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Samarahan.
Program yang dibuat secara bergotong-royong antara kakitangan
RISDA Samarahan dan kakitangan PDK Samarahan ini telah diadakan di Pusat PDK
Samarahan yang mempunyai seramai 74 orang Pelatih Orang Kelainan Upaya (OKU). Melalui
program ini juga, RISDA Samarahan telah menyampaikan sumbangan Kebajikan kepada Pusat
PDK tersebut yang disampaikan sendiri oleh Puan Emyza Aisah binti Atang selaku
PRB Samarahan.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk berkongsi keceriaan
bersama Pelatih OKU serta mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadhan dengan
aktiviti-aktiviti kebajikan selain mengeratkan lagi ukhwah diantara kakitangan
RISDA Samarahan dan kakitangan PDK serta Pelatih di Pusat PDK tersebut. Selain dapat mengeratkan silaturahim antara warga RISDA Samarahan dan warga PDK, program
ini juga bertujuan untuk melaksanakan Cooperate Social Responsibility (CSR),
RISDA Samarahan dengan masyarakat setempat.
Berikut merupakan imbasan sempena program tersebut.