Khamis, 1 Disember 2016

PROGRAM MOBILE CTC SIRI 5 TAHUN 2016

KHABAR SAMARAHAN

RISDA SAMARAHAN DI LUBOK ANTU

SEMPENA PROGRAM MOBILE CTC SIRI 5 TAHUN 2016
P
usat Transformasi Komuniti Bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobile CTC merupakan perkhidmatan bergerak yang menghimpunkan perkhidmatan utama mengikut keperluan tempatan serentak di satu lokasi yang dikenal pasti oleh agensi kerajaan.  Ia merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan  yang bertujuan memberikan perkhidmatan tertentu  yang diperlukan oleh penduduk luar Bandar. Oleh itu, pada 25 hingga 27hb November 2016 yang lalu RISDA Bahagian Samarahan telah dijemput untuk menyertai pameran sempena program yang diadakan di Dataran Lubok Antu itu.

       Pada Pameran tersebut, RISDA Bahagian Samarahan telah mempamerkan dan menerangkan fungsi utama RISDA serta objektif RISDA kepada pengunjung yang hadir. Ini bertujuan untuk mendekatkan serta menguar-uarkan kepada Penduduk Luar Bandar berkenaan bantuan-bantuan yang diberikan oleh RISDA kepada Komuniti Pekebun Kecil yang berminat menyertai RISDA. Selain Pameran, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Program yang dianjurkan oleh Perbendaharaan Malaysia Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak itu telah dirasmikan oleh YB Encik Malcom Mussen Anak Lamoh, Menteri Muda Pertanian Negeri Sarawak merangkap ADUN N.34 Batang Ai.


YB Encik Malcom Anak Lamoh,
Menteri Muda Pertanian Negeri Sarawak
merasmikan Program Mobile CTC Siri 5 Tahun 2016.

YB Menteri bergambar kenangan bersama tetamu yang
hadir pada majlis perasmian tersebut.

YB Encik Malcom Mussen Anak Lamoh menandatangani
buku Pelawat di Gerai Pameran RISDA.

YB turut menyampaikan Sijil Penyertaan kepada En. 'Abdul Hadi bin Yunus,
Ketua Stesen Pejabat RISDA Stesen Sri Aman.

Pengunjung yang hadir ke Gerai Pameran RISDA.

En. Abdul Aziz bin Awang, Timbalan Pengarah RISDA Negeri
Sarawak menerangkan berkenaan RISDA kepada pengunjung.


Antara pengunjung yang hadir di Gerai Pamern RISDA.

Antara Mobile CTC yang terlibat pada Program tersebut 















































































































# Jangan lupa untuk tinggalkan ulasan anda di ruangan ulasan.





                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan