Sematan – Pada 08hb Ogos 2016, RISDA Negeri
Sarawak dengan kerjasama PRB Samarahan dan PRS Lundu telah mengadakan Program “Juh
ke Ladang”, RISDA Negeri Sarawak 2016 di TSB Kampung Sebat Melayu, Sematan.
Beberapa aktiviti menarik telah diadakan pada program tersebut antaranya Teori
buka tapak torehan, Amali buka tapak torehan (guna pisau toreh biasa), Amali
buka tapak torehan inovasi pisau toreh oleh Pegawai PRD Batu Pahat dan Demonstrasi proses getah keping manual.
Selain itu, Pegawai PRD Batu Pahat juga memperkenalkan nama kumpulan beliau
iaitu “R4 Group”dan memperkenalkan prototaip inovasi pisau pintar. Program ini diadakan untuk memberi pengetahuan
kepada peserta cara-cara untuk menoreh menggunakan pisau dan alat-alat torehan
dengan betul.
Berikut adalah gambar-gambar semasa program
dijalankan :