Program
Sejiwa Senada 2016; Kerajaan Bersama Rakyat
telah diadakan pada 08 hingga 10 April 2016 (Jumaat hingga Ahad), bertempat
di KPS Lama, Sri Aman. 15 hingga 17 April 2016 (Jumaat hingga Ahad) bertempat
di perkarangan Dewan Suarah Kota Samarahan, 21 hingga 24 April 2016 (Khamis
hingga Ahad) bertempat di Metrocity, Kuching anjuran Kerajaan Negeri Sarawak.
RISDA Bahagian Samarahan telah dijemput menyertai Pameran sempena program
tersebut. Program ‘SejiwaSenada’ telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak,
YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem. Dijangkakan lebih
30,000 pengunjung telah membanjiri KPS Lama Sri Aman dan lebih 30,000 pengunjung
membanjiri Perkarangan Dewan Suarah Samarahan sepanjang 3 hari program
berlangsung. Lebih 50,000 pengunjung membanjiri Metrocity, Kuching dimana
bertempatnya Program terakhir Sejiwa Senada tahun 2016. Program Sejiwa Senada
merupakan salah satu daripada aktiviti pelan transformasi Perkhidmatan Awam
Negeri Sarawak. Melalui program itu pihak kerajaan turun padang bertemu dengan
rakyat.
Pameran
yang disertai RISDA ini bertujuan untuk mendedahkan masyarakat tentang peranan
dan fungsi RISDA Bahagian Samarahan. Melalui pameran ini, rata-rata penduduk
setempat Bahagian Sri Aman, Samarahan dan Kuching dapat mengenali RISDA dengan
lebih dekat disamping dapat mengeratkan hubungan mesra dan silaturahim antara
kakitangan RISDA dengan masyarakat selaras dengan saranan penjawat awam ‘turun
padang’. Pameran ini juga bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan yang
diberikan oleh RISDA kepada komuniti, serta memberi pendedahan kepada masyarakat
berkaitan dengan Bantuan Tanam Semula RISDA serta bantuan-bantuan yang terdapat
di dalam RISDA. Selain itu, tunjuk ajar GAP (Amalan Pertanian Baik) juga dapat memberi
pendedahan kepada Pekebun Kecil. Secara tidak langsung pameran tersebut telah memberi
pendedahan serta memberi pengetahuan yang berguna kepada masyarakat terutamanya
Komuniti Pekebun Kecil Getah.
Sejiwa Senada Bahagian Sri Aman(08 Hingga 10 April 2016) :
Sejiwa Senada Bahagian Samarahan(15 Hingga 17 April 2016) :
Sejiwa Senada Bahagian Kuching (21 hingga 24 April 2016) :