Pada 15hb Mac yang lalu, Pejabat RISDA Stesen Samarahan telah mengadakan Program Sehari bersama Pekebun Kecil, Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK), ahli Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) serta anak-anak Pekebun Kecil di Kampung Rimba Padi, Serian.
Program yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara kakitangan RISDA bersama Pekebun-pekebun kecil RISDA di kampung tersebut turut diserikan dengan kehadiran Puan Emyza Aisah binti Atang, Pegawai RISDA Bahagian Samarahan. Pelbagai acara menarik telah diadakan sempena program sehari tersebut.
Berikut merupakan gambar-gambar menarik yang sempat diambil pada program itu.