Khamis, 21 Januari 2016

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN RISDA NEGERI SARAWAK BIL. 1/2016 DAN PERJUMPAAN BERSAMA PENGERUSI RISDA

Kuching - Pada 21 Januari yang lalu, telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan RISDA Negeri Sarawak bil. 1/2016 dan Perjumpaan Bersama Pengerusi RISDA. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Zahidi Zainul Abidin, Pengerusi RISDA dan telah dihadiri oleh En. Zulkifli bin Zaini, Pengarah RISDA Negeri Sarawak serta lebih kurang 100 orang kakitangan RISDA Negeri Sarawak dan kakitangan Syarikat Milikan RISDA.

Pada Majlis tesebut, disampaikan taklimat ringkas berkenaan dengan RISDA Sarawak oleh En. Zulkifli bin Zaini, Pengarah RISDA Negeri Sarawak. Selain itu, Penyerahan Mock Cheque Peruntukan Program Pembangunan RISDA 2016 turut diadakan.

Imbasan sekitar majlis tersebut :



























Isnin, 30 November 2015

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2015

Antara suasana dan aktiviti di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2015 (HPPNK2015) bertempat di Perkarangan Dewan Suarah, Kota Samarahan yang berlangsung dari 27 November sehingga 3 Disember lalu.


 Pameran RISDA Negeri Sarawak

Penerangan diberikan kepada pengunjung mengenai RISDA

Antara pengunjung yang singgah di gerai pameran RISDA

Petugas pameran memberikan penerangan yang lebih terperinci berkaitan RISDA

 Petugas memberikan layanan baik kepada pengunjung yang singgah di gerai pameran

Petugas sempat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama anggota keselamatan HPPNK2015

 Staf bergambar kenangan di gerai pameran BERNAS

 Suasana di pameran HPPNK 2015

Bergambar kenangan di gerai pameran RISDA

 Sebahagian daripada pengunjung gerai pameran RISDA

 Gerai pameran RISDA (No. 96 dan 97)

 Sebahagian petugas yang menjaga gerai pameran

Petugas membantu dalam memberikan penerangan berkenaan program RISDA

Rabu, 4 November 2015

SEMINAR HALA TUJU PROGRAM PEMBANGUNAN RISDA NEGERI SARAWAK TAHUN 2016

          Pada 26 Oktober 2015 yang lalu, Pejabat RISDA Negeri Sarawak telah mengadakan Seminar Hala Tuju Program Pembangunan RISDA Negeri Sarawak Tahun 2016 di Mukah. Seminar ini bertujuan untuk menerangkan dan membincangkan tentang hala tuju Pembangunan RISDA Negeri Sarawak untuk tahun 2016. Seminar sehari ini dirasmikan oleh En. Zulkifli bin Zaini, Pengarah RISDA Negeri Sarawak dan telah dihadiri oleh lebih 100 orang kakitangan RISDA seluruh Negeri Sarawak serta kakitangan Syarikat Milikan RISDA (SMR).

          Dalam Ucapan perasmian itu, En. Zulkifli menekankan betapa pentingnya untuk semua kakitangan RISDA Negeri Sarawak memahami dan menerapkan matlamat serta hala tuju pembangunan RISDA Negeri Sarawak untuk tahun 2016. Lima kertas kerja telah dibentangkan pada seminar yang bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 5:00 petang itu.

Gambar 1 : Ketibaan En. Zulkifli bin Zaini, Pengarah RISDA Negeri Sarawak diiringi En. Aziz bin Awang, Timbalan Pengarah RISDA Negeri Sarawak serta Pegawai-pegawai kanan RISDA Negeri Sarawak.

Gambar 2 : Nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan RISDA peneraju.

Gambar 3 : Ucapan Perasmian Seminar oleh En. Zulkifli bin Zaini, Pengarah RISDA Negeri Sarawak.


Gambar 4 : Antara pembentang kertas kerja En. Aziz bin Awang, Timbalan Pengarah RISDA negeri Sarawak.

Gambar 5 : Antara kakitangan RISDA yang hadir pada seminar sehari tersebut.

Gambar 6 : En. Zulkifli bin Zaini, Pengarah RISDA Negeri Sarawak menyampaikan cenderahati kepada Pembentang Kertas Kerja.

Gambar 7 : Gambar Kenangan Sempena Seminar Hala Tuju Program Pembangunan RISDA Negeri Sarawak Tahun 2016.