Memaparkan catatan dengan label f) PANDUAN TANAMAN INTEGRASI DALAM KEBUN GETAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label f) PANDUAN TANAMAN INTEGRASI DALAM KEBUN GETAH. Papar semua catatan

Selasa, 9 Disember 2014

PENANAMAN TERUNG




                                                  Nama Tempatan : Terung.
                                                  Nama Saintifik : Solanum melongena.
                                                  Famili : Solanaceae.

Pengenalan.
Terung adalah sayuran jenis buah yang berbentuk bulat atau panjang dan berwarna hijau, ungu atau putih. Pokok rimbun dan tinggi lebih kurang 0.6- 0.9m. jenis tempatan yang popular adalah seperti hitam bulat dan ungu panjang. Purata panjang buah terung adalah 25-27cm dengan bergaris pusat 3-3.5cm.

Keperluan Tanaman.
Jenis Tanah       : Tanah mineral, gambut, bris dan tanah bekas lombong.
pH Tanah         : 5.5 – 6.8
Taburan Hujan : 1,250 mm/tahun.
Iklim                : Tropika
Suhu                : 25-350c.

Penyediaan Semaian.
Bahan tanaman : 240g biji benih/ha
Jarak tanaman : 5cm x 5cm
Cara menanam : Digalakkan benih terung di tanam di atas batas semaian atau kotak semaian. Untuk kotak semaian, gunakan baja seperti nitrophoska green ( npk 15:15:15). Jarak tanaman dalam kotak semaian ialah 5cm antara biji dan 1cm dalam.

Penanaman.
Benih diperolehi dari buah yang cukup masak. Sebanyak 85 g benih diperlukan untuk 0.4 hektar. Semaian boleh dibuat terus ke atas batas atau menggunakan kotak semaian. Untuk kotak semaian gunakan baja seperti nitrop dan sebanyak 21g baja diperlukan untuk kotak yang berukuran 75cm panjang, 45 cm lebar dan 10cm tinggi. jarak tanaman dalam kotak semaian ialah 5cm antara biji dan 1cm dalam.

Penyediaan Tanah.
Bajak dan gemburkan tanah sehingga 15-22cm dalam. Sediakan batas berukuran 1.2m lebar dan 22-30cm tinggi. Panjang sesuatu batas bergantung kepada keadaan. Jarak antara batas ialah 40cm.

Penanaman.
Bahan Tanaman : 6000 pokok/ha 9 (umur 3-4 minggu).
Jarak Tanaman : 90cm x 150cm
Kepadatan : 6000 pokok/ha.
Anak benih yang berumur 3-4 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, siram dahulu anak benih supaya akarnya tidak rosak. Jarak tanaman yang sesuai ialah 90cm antara pokok, 150cm antara baris.

PENANAMAN CILI



                                                      Nama Tempatan : Cili.
                                                      Nama Saintifik : Capsicum annuum.
                                                      Famili : Solanaceae.

Pengenalan.
Cili adalah sejenis tanaman jangka pendek yang boleh ditanam sebagai tanaman selingan dalam kebun getah. Jangkamasa untuk mengeluarkan hasil adalah dalam 60-75 hari selepas menyemai.
Jenis yang popular dan mengeluarkan hasil yang tinggi adalah terdiri daripada varieti MC 11,MC 12 dan Kulai (Titisan 15).

Keperluan Tanaman.
Jenis Tanah            : Pelbagai jenis tanaman cili seperti tanah gambut, bris, tanah bekas lombong.
Keasidan Tanah   : pH 5.5 – 6.8
Taburan Hujan     : 1,500 – 2,000 mm/tahun.
Suhu                      : 20-330c.

Penyediaan Tapak Semaian.
        i.            Tapak semaian boleh disediakan di atas batas, polibeg atau kotak semaian. Tempoh selama 4 -7 minggu.
      ii.            Keperluan biji benih cili untuk semaian 120gm/ha. Biji benih dirawat dengan 0.36g thiram/120gm biji benih.

Penyediaan Tanah.
        i.            Kawasan yang telah dibersih, dibajak dan digembur.
      ii.            Batas disediakan dengan ukuran 1.2m lebar dan 20-30 cm tinggi.
    iii.            2 minggu sebelum menanam dibuat pengapuran dengan kadar 20-25 t/ha. Untuk tanah gambut baru, 2-3 t/ha tanah pasir dan 3-4 t/ha bagi tanah mineral.

Penanaman.
        i.            Umur anak benih 4-7 minggu boleh di ubah terus ke atas batas.
      ii.            Jarak tanaman 80cm x 80cm.
    iii.            Kepadatan tanaman 9,600 pk/ha.
    iv.            Penjarangan dibuat 1minggu selepas menanam.

PENANAMAN PISANG



 
                                                         Nama tempatan : Pisang.
                                                         Nama saintifik : Musa paradisiaca.
                                                         Famili : Musaceae.

Pengenalan.
Pisang adalah tanaman yang berasal dari Asia Tenggara.
Di malaysia pengeluaran pisang terbahagi kepada dua :
        i.            Pisang untuk dimakan segar seperti pisang emas, pisang berangan dan pisang rastali.
      ii.            Pisang untuk diproses seperti pisang raja, pisang tanduk dan pisang nangka.

Keperluan Tanaman.
Jenis tanah : Pelbagai jenis tanah sesuai untuk pokok pisang terutamanya yang bersaliran baik kecuali tanah pasir dan tanah liat padat.
Keasidan tanah : pH 5.5-8.0
Taburan hujan : 1,000-2,000 mm/ tahun.
Iklim : Tropika.
Suhu : 21-320c.



Penyediaan Tanah.
Kawasan hendaklah dibersihkan daripada tumbuh-tumbuhan tunggul dan rumpai.
Tanah Berasid          : pH < 5.5 perlu dibuat pengapuran 2-3tan/ ha dan dilakukan semasa   pembajakan.
Jarak Tanaman                 : pisang emas – 3m x 3m ( tanah yang kurang subur ).
: 3m x 1.5m ( tanah yang subur).
: pisang restali / berangan – 3m x 3m.
Kepadatan                       : pisang emas – 660 pokok/ha ( tanah yang kurang subur), 1320 pokok/ha
                                          ( tanah subur).
                                    : pisang restali – 660 pokok/ha.
Saiz Lubang Tanaman : pisang emas – 45cm x 45cm x 45cm
                                        : pisang rastali/ berangan – 30cm x 30cm x 30cm.

Cara menanam.
        i.            Pada setiap lubang dibubuh 5-10 kg baja organik, 100gm baja fosforus (cirp) dan 25gm carbofuran (furadan) dan digaulkan bersama tanah.
      ii.            Sulur pedang berukuran 45- 90 cm tinggi dibersihkan dan direndam dalam     air suam bersuhu 50-520c selama 15-20 min.
    iii.            Cuma satu sulur ditanam di satu lubang dan dimasukkan sedalam 30-45cm dan timbuskan tanah.
 




PENANAMAN JAGUNG MANIS



                                                     Nama Tempatan : Jagung manis.
                                                     Nama Saintifik : Zea mays.
                                                     Famili : Gramineae.

Pengenalan.
Jagung manis adalah sejenis tanaman jangka pendek yang ditanam ssebagai tanaman selingan dalam kebun getah. Jangkamasa untuk mengeluarkan hasil adalah dalam 72 hingga 76 hari. Terdapat beberapa varieti jagung manis yang popular ditanam di negara ini adalah terdiri daripada manis madu, masmadu, improved masmadu dan thai super sweet.
Jagung segar di makan secara segar, diproses dan di tin.

Keperluan tanaman.
Jenis tanah   : Sesuai untuk kebanyakan tanah yang bersaliran baik. Jagung manis amat sensitif terdapat keadaan air bertakung pada peringkat awal pertumbuhan, peringkat berbunga dan pembentukan biji.
Keasidan tanah : pH 5.0-7.0
Taburan hujan  : 600-700mm/tahun.
Iklim           : Sesuai dengan iklim tropika. Semasa peringkat pengeluaran bunga dan biji memerlukan keadaan lembab. Keadaan kering diperlukan semasa matang dan penuaian
Suhu                : 30-350c.

Penyediaan Tanah.
        i.            Satu pusingan bajak piring.
      ii.            Kawasan dibiarkan selama 10 hingga 14 hari.
    iii.            Tabur kapur ( gml) kalau ph tanah kurang daripada 5.0
    iv.            Pusingan kedua bajak piring.
      v.            Satu bajak putar.
    vi.            Batas perlu dibuat jika tanah mudah menakung air.

Penanaman.
Kuantiti biji benih : 4-5kg/ha.
Jarak tanaman : 0.75cm x 0.25cm ( 1pokok/ lubang).
Kepadatan : 32,000 pk/ha.
Cara menanam :
        i.            Gaul biji benih dengan racun kulat ( thiram) pada kadar 3gm thiram/ 1kg benih.
      ii.            Jika ada semut dikawasan penanaman gunakan carbarly dengan kadar 0.1% bahan aktif.
    iii.            Buat lubang dengan menggunakan tungal.
    iv.            Masukkan 1 atau 2 biji benih selubang.